Nuffnang Ad

Sunday, 10 November 2013

Bermula dari Zero...

Just nak share..Bermula dr minat yang mendalam dalam bidang masakan..Akhirnya menjadikan ia sumber rezeki saya. Alhamdulillah setelah lebih kurang 4 tahun melibat kan diri dalam dunia HOMEMADE BUSINESS ni.. Mendapat kepuasan yang tak terhingga..Alhamdulillah...dr 0 sekarang sy dah boleh menerima tempahan untuk pelbagai majlis...Sikit sebanyak memberi pengalaman dan faham apa itu PEMASARAN...

Komunikasi juga sangat penting dalam sesuatu perniagaan kerana dari komunikasi juga dapat membantu kita sebagai seorang business man / women untuk mendapat kan pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk kita. Jadi, sebagai seorang yang bergelar peniaga, kita seharus nya peka dengan situasi ini kerana kebanyakan pelanggan  yang ingin membeli memerlukan layanan dan tutur kata yang manis supaya mereka rasa suka untuk berurusan dengan kita.

PROMOSI juga amat penting...ini kita perlu lakukan untuk menarik minat pelanggan-pelanggan di luar sana supaya membeli produk kita. Sebagai peniaga, sudah tentu kita nak semua pelanggan berpuas hati dengan apa yang kita sediakan. Jadi, kita perlulah menjaga KUALITI setiap produk yang kita hasilkan. Al-maklum lah perniagaan HOMEMADE PRODUCT ni memerlukan kita menghasilkan makanan yang di sukai pelanggan-pelanggan. Bila pelanggan berpuas hati dengan apa yang kita jual, secara tak langsung mereka menjadi agen untuk mempromosi kan produk kita dengan menggunakan WORD OF MOUTH. Ia merupakan salah satu elemen yang sangat membantu untuk peniaga-peniaga. 

Bagi saya, sebagai seorang pemasar, kita juga perlu faham dan tahu, apa dia yang pelanggan mahu kan dan apa yang mereka suka. So, it will help us to produce more product based on customer needs and wants rather than produce a product that can make us lost profit. Dari segi hiasan, persembahan, rasa dan harga yang di tawar kan perlu lah sangat sesuai dan menepati citarasa pelanggan.

 Ini adalah coklat oreo yang di tempah oleh salah seorang pelanggan saya.
Pelanggan ini membuat REPEAT ORDER dari saya kerana bagi beliau, rasa coklat ini sedap dan digemari oleh anak nya.
Jadi ini merupakan salah satu perkara penting yang harus di beri tumpuan pelanggan. Kerana rasa sesuatu produk itu juga memainkan peranan dalam diri seseorang.

 Ini pula adalah antara set coklat yang selalu di tempah oleh pelanggan saya..Coklat ini sesuai di gunakan untuk di jadikan hantaran pertunangan atau pernikahan.
Coklat ini juga boleh di dapati dengan pakrj-pakej lain mengikut budget dan kehendak pelanggan.

Set coklat hantaran 35 pcs...
Nampak menarik bukan..Pelanggan yang membuat tempahan tersebut membuat tempahan untuk anak saudara nya dan coklat ini telah di bawa ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, customer saya sangat berpuas hati dan anak saudara nya juga turut memberi pujian di atas hasil kerja saya itu..

Sampai sini dulu kita berbincang ya..Saya akan update dari masa ke semasa..

-Thank You-

Bunga Kendarat dan brooch..

Berminat untuk membuat tempahan??
Sila Call atau sms kami dengan kadar segera untuk tempahan ya.






Boleh di tempah mengikut tema yang di kehendaki.
Jika berminat untuk menjadi agen kami sila PM ya..

Untuk agen sekitar melaka sangat di alu-alukan..

PROMOSI-PROMOSI-PROMOSI


Kepada mereka yang sedang mencari produk2 homemade, kami ade menyediakan perkhidmatan tempahan aneka produk dan juga penghantaran sekitar melaka/jasin/selandar/alor gajah.

Pick up barang/atau tempahan anda di tempat yang di persetujui..
 JOM kita ORDER!!

Saturday, 9 November 2013

Kek Coklat Cheese Meleleh & Melthy Hershey -2014-

Salam semua..
Tempahan di buka untuk semua produk NAS Homemade Bakery..
Cepat2 PM untuk tempahan ok...

 RM 13 saiz A
RM 23 saiz B

RM 10.00 /bekas

Thursday, 7 November 2013

PAKEJ PERTUNANGAN dan PERKAHWINAN 2014

Salam semua pembaca yang budiman..
Sempena tahun 2014 yang bakal tiba tak lama je lagi ni..
Kami ade tawarkan promosi untuk sebarang majlis..Terutamanya majlis perkahwinan dan pertunangan..

Antara promosi yang kami tawarkan ialah:

PAKEJ A
1 Biji kek Saiz 10.5 inci (Indulgent/Rainbow/Coklat/Red Velvet)
1 Set Coklat 35 pcs
100 pcs coklat mini bar (boleh letak gambar n nama)
100 pcs coklat lidi (lolychoc) -campur-campur

Harga: RM320.00


PAKEJ B
1 box coklat-Campur-campur
1 set cupcake -16 pcs-
1 Set coklat 35pcs
Coklat 2 pcs - 100 pax-
Harga: RM 250.00


PAKEJ C
1 Biji Kek Italian Rainbow/Red Velvet/Coklat
Coklat Oreo - 50 biji-
1 Set Coklat 35 pcs
100 biji Coklat + Nuts
Harga: RM 330.00

Booking sekarang untuk mengelak kan masalah masa bertindih ya..

Wednesday, 6 November 2013

November Menjelma...Debaran Makin terasa...

Salam semua...Lama dah jiha x update blog ni kan...
Bz ckit lah kwan-kwan...
Actually untuk november ni jiha agak bz sebab hari yang paling di nanti2 akan tiba tak lama je lagi..
So persiapan semua dah mula nk di buat...

Untuk customer2 jiha yang membuat tempahan pada awal november ni sehingga lah awal disember nnti..
Jiha minta maaf ya cz x dapat nk penuhi tempahan tersebut..

Jeng..Jeng..Jeng...
Just nak share beberapa perkara yang jiha buat untuk menempuh majlis tersebut...
Antara nya :
1) Kursus Kahwin (Paling Penting ni..Kalau tak, tak leh la kwen.hihihi)
2) Tempah mak andam (Jiha guna Butik Kerlipan-Jasin)
3) Uruskan borang nikah- Jiha ambil di Jabatan Agama Islam Jasin-
4) Jumpa andam untuk belah lelaki-pilih tema n jenis baju-
5) Tempah kad kahwin
6) Cari hantaran n barang yang berkenan di hati
7) Tempah baju nikah (Lelaki & Perempuan)
8) Tempah kek wedding n Hantaran (sedih cz x dapat wat kek sendiri)
9) Prepare tapak2 untuk hantaran (Buat sendri dgn bantuan kakak ipar dan my lovely sis)
10) Doorgift / berkat
11) Lain-lain (urusan selain di atas) hihi...


 Ini lah dia kad yang di tempah..
Jiha pilih yang simple je cz senang nak di baca...
Kad ni jiha tempah semasa karnival pengantin/pameran pengantin di dataran pahlawan..
Alhamdulillah, harga nya ok dan kami dapat banner percuma..
So sekarang ni dalam proses menghantar kad2 jemputan kepada rakan2 n saudara mara yang mengenali kami sekeluarga..

Ini pulak klip rambut untuk kanak2 yang comel2...:)


So gambar2 yang lain nnti jiha akan update..cz ade yang sempat snap..ada yang x sempat...
Nanti kita sambung lagi ya bersembang..


Sunday, 13 October 2013

Debaran...

Debaran dalam hati ni makin hari makin terasa...
Alhamdulillah, beberapa perkara yang penting dah pun saya siap kan..
Dari andaman, khemah, barang hantaran sume nya dah settle..
Cuma biasa lah masih ada lgi yang perlu di lihat semula untuk pastikan semua nya dalam keadaan baik..

Untuk andaman, jiha gunakan khidmat Butik Kerlipan di Jasin...Alhamdulillah..service nya sangat baik dan saya dan encik tunang di layan dengan baik semasa proses tempahan dan fitting..

Nite u alls...jiha out dulu..latter we upload few pic n info lagi ok...