Nuffnang Ad

Thursday 27 September 2012

Muffin Oren

Salam semua...Hari ni jiha sibuk sikit menyiap kan tempahan. Ada customer order MUFFIN OREN...Tak banyak pon..200 biji jer..Jiha ada ambil resepi dari internet dan ader ubah suai sikit resepi nya..


Haaaa...Ini lah dia hasil nya..Muffin Oren ni sangat lembut dan rasa nya tak terlalu manis...
Makan Panas2 memang sedap..

Resepi yang jiha guna untuk wat Muffin ni:

90 gram Margerin/ Butter
70 gram Gula Kastor
110 gram Tepung Gandum
45 ml air + 3 sudu kordial sunquick
1 sdk Baking Powder
1 biji telur
1 sdk Esen Vanilla
Sedikit Parutan kulit Oren (Tak letak pun tak per)
Hiasan: Choc Chip and black Raisin and almond

Cara-Cara:
1. Pukul Margerin hingga lembut dan masuk kan gula kastor(pukul hingga putih)
2. Masuk kan telur (dipukul sedikit) sedikit demi sedikit hingga kembang
3. Masuk kan adunan tepung + baking powder di selang seli dengan air bancuhan oren tadi..
4. Gaul Rata adunan tersebut dan boleh lag masuk kan dalam cup yang anda mahu kan.
**Masuk kan adunan 3/4 sahaja sebab adunan ni akan naik...


Jiha gunakan cup yang ni..so dapat lah dalam 8-10 biji untuk satu adunan..
Untuk cepat siap..jiha bancuh 6 adunan sekali..So, dapat lah 50 biji sekali buat...



Anda semua pon boleh mencuba nya..
Sebab senang jer dan rasa nya sangat sedap..
Sesuai lah untuk di jadi kan hidangan untuk keluarga..

No comments:

Post a Comment