Nuffnang Ad

Sunday 10 November 2013

Bermula dari Zero...

Just nak share..Bermula dr minat yang mendalam dalam bidang masakan..Akhirnya menjadikan ia sumber rezeki saya. Alhamdulillah setelah lebih kurang 4 tahun melibat kan diri dalam dunia HOMEMADE BUSINESS ni.. Mendapat kepuasan yang tak terhingga..Alhamdulillah...dr 0 sekarang sy dah boleh menerima tempahan untuk pelbagai majlis...Sikit sebanyak memberi pengalaman dan faham apa itu PEMASARAN...

Komunikasi juga sangat penting dalam sesuatu perniagaan kerana dari komunikasi juga dapat membantu kita sebagai seorang business man / women untuk mendapat kan pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk kita. Jadi, sebagai seorang yang bergelar peniaga, kita seharus nya peka dengan situasi ini kerana kebanyakan pelanggan  yang ingin membeli memerlukan layanan dan tutur kata yang manis supaya mereka rasa suka untuk berurusan dengan kita.

PROMOSI juga amat penting...ini kita perlu lakukan untuk menarik minat pelanggan-pelanggan di luar sana supaya membeli produk kita. Sebagai peniaga, sudah tentu kita nak semua pelanggan berpuas hati dengan apa yang kita sediakan. Jadi, kita perlulah menjaga KUALITI setiap produk yang kita hasilkan. Al-maklum lah perniagaan HOMEMADE PRODUCT ni memerlukan kita menghasilkan makanan yang di sukai pelanggan-pelanggan. Bila pelanggan berpuas hati dengan apa yang kita jual, secara tak langsung mereka menjadi agen untuk mempromosi kan produk kita dengan menggunakan WORD OF MOUTH. Ia merupakan salah satu elemen yang sangat membantu untuk peniaga-peniaga. 

Bagi saya, sebagai seorang pemasar, kita juga perlu faham dan tahu, apa dia yang pelanggan mahu kan dan apa yang mereka suka. So, it will help us to produce more product based on customer needs and wants rather than produce a product that can make us lost profit. Dari segi hiasan, persembahan, rasa dan harga yang di tawar kan perlu lah sangat sesuai dan menepati citarasa pelanggan.

 Ini adalah coklat oreo yang di tempah oleh salah seorang pelanggan saya.
Pelanggan ini membuat REPEAT ORDER dari saya kerana bagi beliau, rasa coklat ini sedap dan digemari oleh anak nya.
Jadi ini merupakan salah satu perkara penting yang harus di beri tumpuan pelanggan. Kerana rasa sesuatu produk itu juga memainkan peranan dalam diri seseorang.

 Ini pula adalah antara set coklat yang selalu di tempah oleh pelanggan saya..Coklat ini sesuai di gunakan untuk di jadikan hantaran pertunangan atau pernikahan.
Coklat ini juga boleh di dapati dengan pakrj-pakej lain mengikut budget dan kehendak pelanggan.

Set coklat hantaran 35 pcs...
Nampak menarik bukan..Pelanggan yang membuat tempahan tersebut membuat tempahan untuk anak saudara nya dan coklat ini telah di bawa ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, customer saya sangat berpuas hati dan anak saudara nya juga turut memberi pujian di atas hasil kerja saya itu..

Sampai sini dulu kita berbincang ya..Saya akan update dari masa ke semasa..

-Thank You-

No comments:

Post a Comment