Nuffnang Ad

Thursday 11 June 2015

REZEKI KITA TAK SAMA

Assalamualaikum semua pembaca....

Sometime kita akan rasa semua ni macam tak der apa2 kan...Tapi hanya ALLAH je yang tahu apa yang kita rasa. Dulu aku bukan seorang pelajar terbaik dalam pelajaran. Aku bukan lah atlet sekolah yang selalu menempa nama di kalangan pelajar. Aku hanya lah seorang murid biasa je.

Habis tingkatan 5 aku melanjutkan pelajaran ke POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA dalam jurusan PEMASARAN. 3 tahun aku di sana, banyak yang aku belajar. Alhamdulillah semua lecturer dan kawan sangat baik dan aku berjaya mendapat ANUGERAH KETUA JABATAN sebanyak 2 kali iaitu pada semester 1 dan semerter 5. Tahun 2008 aku grad dengan HPNM 3.50....Syukur...

Habis Diploma aku teruskan pengajian ku dalam bidang yang sama, PEMASARAN. Aku sambung pengajian ku di UiTM kampus bandaraya MELAKA.3 tahun aku berhempas pulas, mendapat kan result yang baik...4 semester aku mendapat ANUGERAH DEKAN...Cuma nasib tak menyebelahi aku kerana aku grad dengan CGPA 3.44 sahaja..Namun aku bersyukur yang aku grad on time...Alhamdulillah...

Last semerter di UiTM aku praktikal kat HOTEL SRI IMPIAN jasin.Aku dapat A untuk thesis aku.Lepas grad aku terus kerja di Hotel tersebut sebagai eksekutif pemasaran, tapi disebab kan ade masalah tertentu aku berhenti dan menjadi GURU GANTI di SMK SIMPANG BEKOH.Best kerja kat hotel tu...kawan-kawan memang baik..dan bos di hotel tersebut pun baik dan banyak membantu. 



Antara kerja-kerja yang pernah aku buat semasa bekerja di hotel.
Memang aku suke buat semua ni..
Seronok tau..

Aku menjadi GURU GANTI dah lebih kurang nak masuk tahun yang ke 3.(tapi ganti kejap2 je lah kan..3 bulan stiap kali ganti guru bersalin)

Walaupun aku mempunyai segulung Ijazah, aku belom ada rezki untuk mendapat kerja yang sesuai dengan minat dan kelayakan aku.Sebab tu sekarang aku grab jer apa yang ader...Dengan berbekal kan ilmu yang ada,aku cuber membantu apa yang boleh.MALU???Aku tak rasa malu pun dengan jawatan yang aku ade sekarang.Walaupun aku tak guna kan ijazah aku untuk kerja ni,tapi aku guna kan ilmu yang pensyarah aku bagi selama 6 tahun aku belajar dalam bidang pemasaran dengan baik.

Aku ader bisness kecil-kecilan,buat di rumah...Dari situ aku belajar serba sedikit cabaran dalam dunia MARKETING...Hebat sungguh kan..HIHI...Dari tak tahu apa2..Aku cari ilmu,sikit demi sikit untuk aku gunakan dalam bisness aku..Alhamdulillah,aku mampu untuk mendapat income sendiri tanpa ade MAJIKAN yang beri.

Insyaallah, 1 hari nanti, aku akan capai impian aku, dan pada masa tu baru lah orang akan faham kenapa aku belajar selama 6 TAHUN dalam bidang Marketing ni...Bukan suka2 je aku menghabiskan duit untuk dapat kan ilmu. Tapi rezeki untuk aku dalam bidang ini belom ader lagi...Moga 1 hari nanti...Aku berjaya menggunakan ilmu itu untuk BISNESS ku sendiri..




Sekarang ini lah dunia aku...Bermain dengan tepung,bercakap dengan coklat..Be nice sebab awk semua lah yang memberi income pada saya...
hihi...

Hopefully semua impian saya menjadi kenyataan...Amin....

No comments:

Post a Comment